Saturday, August 17, 2013

TANAH KAMPUNG BERHAMPIRAN PONDOK PASIR TUMBUH

KATEGORI Penggunaan Tanah : Pertanian
KELUASAN TANAH (keseluruhan) : 0.2145 Hektar (0.530 ekar)


LOKASI :
Tanah terletak di Kampung Derdap, Limbat, berhampiran dengan Pusat Pengajian Pondok Pasir Tumbuh.
Untuk menuju ke tanah berkenaan dari Cabang Tiga Pasir Tumbuh adalah dengan melalui Jalan Tar yang menuju ke pondok Pasir Tumbuh seterusnya melalui jalan kampung sejauh 1 1/2 km sehingga ke hartanah tersebut.
Tanah tersebut terdiri dari 3 orang pemilik (tanah syarikat). Bahagian yang hendak dijual adalah sebanyak 3/10 bahagian iaitu seluas 0.159 ekar (6926 kp).

PEMBANGUNAN SEKITAR : Di sekeliling tanah berkenaan sudah banyak di bangunkan dengan projek-projek perumahan kecil seperti banglo setingkat dan teres. Bersebelahan dengan tanah berkenaan terdapat sebuah surau yang baru dibina.
Kemudahan awam seperti klinik, sekolah agama (Taqaddum Maarif), masjid, pasar, pasaraya boleh didapati di Pasir Tumboh yang merupakan bandar satelit berkonsepkan keislaman dan keilmuan. Bagi yang meminati pangajian pondok atau 'menadah kitab' amat sesuai kerana berhampiran dengan Pondok Pasir Tumboh yang sudah terkenal di seluruh Malaysia sebagai institusi pendidikan tradisional yang terulung.
Satu lagi keistimewaan hartanah berkenaan adalah ianya berhampiran dengan sungai (Sungai Derdap / Kemasin) yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan aliran sungai dan minat memancing. Hartanat tersebut hanya selang satu lot sahaja dari sungai berkenaan.
HARGA : Harga yang ditawarkan adalah rendah kerana ianya "tanah syarikat" iaitu RM 58,000 sahaja (negotiable).
 
Hartanah berkenaan - dengan surau di belakangnya
Hartanah berkenaan diambil dari surau - kelihatan rumah dilot bersebelahan

Sudut lain hartanah berkenaan

Rumah-rumah di hadapan hartanah berkenaan

Jalan masuk

Sungai Derdap berhampiran tanah berkenaan

Projek perumahan berhampiran hartanah berkenaan

No comments:

Post a Comment