Monday, July 8, 2013

BANGLO DI KAMPUNG BAUNG KOTA BHARU (HOT ITEM)

Nikmati suasana kedamaian kehidupan di kampung yang sebenar namun tidak jauh dari kemudahan bandar dengan membeli rumah banglo setingkat di kampung Baung ini yang terletak hanya kira-kira 5 km dr bandar Kota Bharu dan 2 km dari pekan Pengkalan Chepa. Segala kemudahan seperti masjid, sekolah, klinik, pasaraya (Pantai Timur), Universiti (UMK), lapangan terbang, perkhidmatan bas dan teksi boleh di dapati atau ditujui dgn mudah.
Terletak di Kampung Baung hanya 1 km off Jalan Tok Guru (dulunya Jalan Pengkalan Chepa) melalui jalan bertar. Dikelilingi oleh projek-projek perumahan di sekitarnya sama ada yang sudah siap atau yg masih dalam perancangan.
Rumah rekebentuk ringkas namun menarik dan luas terutamanya di bahagian dalam. Semua kemasan lantai adalah jubin (tile) manakala dinding dapur dikemasi dengan jubin setinggi 5 kaki dan bilik air setinggi 6 kaki. Dibawah adalah beberapa pandangan / view hartanah tersebut.

CEPAT !!! HANYA TINGGAL 2 UNIT SHJ LAGI

LUAS BANGUNAN  : KIRA-KIRA 1800 KAKI PERSEGI
LUAS TANAH :  5543 KAKI PERSEGI
HARGA  :  LOT TEPI  RM 370,000.  LOT TENGAH :  RM 360,000.00

Pandangn hadapan dengan ruang parking yang luas








Ruang tamu (foto diambil dari dapur)

Pintu bilik air yg unik

Ruang dapur

No comments:

Post a Comment