Saturday, February 12, 2011

MEMBELI RUMAH PERTAMA ANDA

Membeli rumah pertama mungkin merupakan PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TERBESAR DALAM HIDUP ANDA... oops! ... kedua selepas proses memilih calon isteri.
Antara nasihat dari pakar adalah ... BELILAH MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA ataupun mengikut kata pepatah orang tua-tua "ukur baju di badan sendiri".
Langkah pertama adalah menentukan bajet anda dan tidak terlalu mengikut 'nafsu' untuk membeli RUMAH IDAMAN sehingga berlakunya terlebih pinjaman (over-borrowing). Jangan sampai dengan membeli rumah anda terpaksa mengikat perut seketat-ketatnya dan tidak dapat membuat peruntukan untuk simpanan (untuk digunakan semasa darurat). Pinjaman melebihi had adalah antara kesilapan terbesar seseorang pembeli rumah. Bila pihak bank memberikan kelulusan 100 % untuk anda bukan semestinya bermakna anda mampu membayar balik. Panduan ringkas ; jumlah bayaran balik jangan melebihi 40% dari pendapatan.
Langkah seterusnya > Rujuk pejabat KWSP untuk mengetahui jumlah yang boleh dikeluarkan bagi mengurangkan pinjaman.

> Sediakan juga wang untuk membayar kos-kos tambahan pembelian (ancillary cost of purchase). Rules of tumb - 5% dari nilai hartanah yang hendak dibeli. Antara kos yang terlibat adalah : Perjanjian Jual Beli (S&P Agreement)
CONTOH bagi sebuah rumah berharga RM 250,000.

i. S&P Agreement
   -  Legal Fees                                        RM  2,200
   -  Duti stamp                                        RM  4,000
   -  Disbursement                                    RM     250
ii. Dokumentasi pinjaman   (berasaskan 80% dari harga rumah / RM 200,000)
   -  Legal Fees                                        RM  1,850
   -  Duti Stamp                                        RM  1,000
   -  Disbursement                                    RM     750
iii. Kos Penilaian Hartanah                       RM     750
iv. Mortgage Reducing Term Assurance   RM  1,300
v.  Insuran Kebakaran                             RM     177

     (... bersambung)